TARIKH TUTUP PENDAFTARAN DILANJUTKAN SEHINGGA 30 JUN 2011
Blog ini merupakan , laman sesawang utama untuk CABARAN TELAPAK BUROK 2011. Program ini merupakan satu program berorientasikan pertandingan yang akan menguji tahap kesabaran, kekuatan mental dan juga fizikal para peserta yang menyertainya.Acara pertandingan ini akan dijalankan pada 2 Julai 2011 bertempat di Jeram enggang Jelebu. Di dalam pertandingan ini para peserta akan berhadapan dengan laluan hutan yang berbukit bukau dan mencabar disamping disajikan dengan keindahan hutan semulajadi Deoptrika. Pertandingan ini merupakan anjuran bersama Pejabat Daerah Jelebu, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu dan Juga Persatuan Rekreasi Daerah Jelebu. Pihak penganjur berharap agar trek pertandingan ini akan menjadi salah satu trek dalam mengisi kalender acara TrailBlazer yang masih kekurangan di negara kita ini. Semoga Penganjuran pertama kali ini akan dapat memberi ruang baru kepada semua peminat sukan pelancongan untuk meneroka dan mengembangkan lagi potensi diri.
BORANG RASMI (HADAPAN) |
BORANG RASMI (BELAKANG) |
LALUAN LARIAN |